APAKAH SEBENARNYA WANGIAN GAHARU/OUDH/BUKHOOR INI?
MARI SAYA JELASKAN KEPADA ANDA YANG BARU NAK BELAJAR MENGENAL SUNNAH MEMBAKAR WANGIAN INI
Bukhoor diperbuat daripada potongan kayu gaharu yang diproses dan kemudiannya dicampur dengan pelbagai pati haruman lain termasuk minyak gaharu. Bukhoor dibakar bagi mengharumkan ruang
Membakar kayu gaharu dan bukhoor agak asing di negara kita. Namun di negara Arab, kayu gaharu dibakar untuk mengeluarkan bau harum semasa majlis keramaian, kenduri kendara, majlis ilmu, kematian dan sebagainya. Ia digunakan secara meluas setiap hari. Malah pada bulan Ramadhan, kayu gaharu dibakar didalam masjid bagi mengeluarkan bau harum untuk keselesaan para jemaah
Di Masjidil Haram, terdapat bekas perasap yang besar dan diisi dengan kayu gaharu. Tujuannya adalah untuk mengharumkan suasana. Jika anda pernah ke Tanah Suci pasti bau kayu gaharu/bukhoor akan mengembalikan memori ketika menunaikan ibadah ke tanah suci
Berwangi-wangian adalah sunnah Baginda Rasulullah SAW. Baginda sangat menyukai wangi-wangian sama ada minyak wangi, bunga-bungaan atau pembakaran bakhoor daripada kayu Gaharu. Hal ini turun temurun diwarisi oleh Baginda SAW kepada para sahabat dan tabiin. Jika sesuatu perkara tersebut disukai oleh Baginda Rasulullah SAW pasti ada pelbagai kebaikan yang tersirat dengan mengamalkannya kan ?
Daripada Nafi, "Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain, atau berwangi dengan kafur atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: Beginilah Rasulullah SAW berwangi." (Riwayat Muslim)
SUDAH JELAS DAN FAHAM FUNGSI GAHARU?
Anda boleh dapatkan 2 jenis Set Bukhoor sebagai permulaan :